MENJAGA keharmonian rumah tangga, pelakon Zahiril Adzim mengelak melayan mesej nakal yang dikirimkan ke akaun media sosialnya.
Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, berkata, lumrah dalam kerjayanya berdepan usikan yang dianggap sebagai asam garam hidup anak seni.
“Ramai penonton DM (mesej langsung) di Instagram terutama selepas tonton drama atau filem lakonan saya. Jika sempat saya balas.
Tetapi kalau ada yang nampak menjurus kepada perkara lain atau terlebih mesra, saya elak atau skip terus. Tidaklah sampai nak block (sekat).
“Selalunya mesej sebegitu hanya usikan. Ada juga netizen sengaja nak test. Apa pun demi keharmonian rumah tangga, kita elakkan (layan),” katanya ketika ditemui pada tayangan drama Aku Pilih Pelangi, baru-baru ini.
Menurut suami kepada pelakon, Shera Ayob itu, isterinya juga mengetahui hal tersebut memandangkan segala perkara dikongsi bersama.
Tiada rahsia apatah lagi kami berdua dalam bidang sama. Dia pun tahu ramai yang suka mengusik dengan bagi DM macam itu,” ujarnya.
Bersyukur persefahaman menjadi teras yang mengukuhkan rumah tangga, tempoh 15 tahun disifatkan sebagai fasa mengenali pasangan dengan lebih dekat.
Malah dia dan isteri sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
“Kami bersyukur sebab ada anak yang semakin menguatkan lagi kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga ini.
Perkahwinan juga ada turun dan naik, cuma setiap pasangan kena saling membantu selain suburkan lagi cinta walaupun sudah beranak pinak,” katanya.
Zahiril danShera dan berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi yang kini berusia 13 tahun. – HIBGLAM
