“SAYA tak kemukan sebarang tawaran secara rasmi dan perkara ini bukannya untuk berjual beli.”
Adnan Abu, 48, berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat selain menegaskan tujuan utama memfailkan kes pengesahan lafaz rujuk adalah untuk mendapatkan kepastian dari sudut hukum syarak mengenai status hubungan mereka.
“Sebagai seorang lelaki dan suami, sekiranya rujuk ini tak sah, tidak mengapa. Jangan takut, peminat Adira dan kawan-kawan dia atau sesiapa, harap bersabar.
Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau dan tiada pun tuntutan tersebut serta hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja,” katanya kepada HibGlam selepas perbicaraan kes pengesahan lafaz rujuk hari ini.
Red turut memaklumkan dia tidak mempunyai hasrat untuk meneruskan kehidupan bersama Adira sebagai sebagai suami isteri.
“Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga akan jadi toksik.
Dia (Adira) toksik. Orang selalu anggap saya belum ‘move on’ dan gila talak.
“Tak mengapa, saya bukannya hadap sangat nak kahwin dengan dia, cuma nak pengesahan saja. Dia toksik, saya tak hadap
“Kalau ikutkan, nak buat pengesahan di luar mahkamah, tetapi peguam tidak benarkan kerana bimbang akan dipenjarakan,” katanya lagi.
Mengulas mengenai prosiding rujuk yang difailkannya, Datuk Red mengakui terkilan kerana semakin rumit atas beberapa faktor termasuk ketidakhadiran Adira sebelum ini.
“Saya pun minta benda ini selesai segera tetapi perbicaraan sebelum ini pun Adira tak hadir dan ada pertukaran hakim, proses jadi lambat.
Kita hanya mahu mengesahkan rujuk sahaja bukannya bicara nak ambil kuasa tuntutan anak atau hal lain,” jelasnya.
Hari ini, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.
Perkara tersebut diputuskan Hakim Nurul Hidayah Jani selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini.
Adira turut mendedahkan mengemukakan beberapa syarat termasuk meminta wang berjumlah RM100,000 sekiranya mahu dia membatalkan pengesahan rujuk tersebut.
Datuk Red sebelum ini memberitahu tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk bukan disebabkan masih berharap dapat kembali kepada bekas isterinya sebaliknya bagi memastikan sama ada perkara yang berlaku sah mengikut hukum atau sebaliknya selain menepis dakwaan dirinya ‘gila talak’.
Sementara Adira pula menafikan dakwaan berlaku lafaz rujuk dengan Red yang didakwa berlaku pada Mei 2024.
Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3. – HIBGLAM
