‘Terima kasih sayang’ – Isteri Shuib selamat bersalin bayi perempuan

PELAWAK Shuib berkongsi detik gembira apabila isterinya iaitu Watie selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, turut berkongsi foto anak kelimanya itu dalam akaun Instagram.

“Alhamdulillah tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy. Terima kasih sayang (Watie) jadi seorang wanita yang sangat luar biasa.

“Alhamdulillah semunya cukup senang dan dipermudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita reda, tawakal dan bersyukur selalu.

“Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz ,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada sahabat handai dan juga netizen yang gembira dengan kelahiran puteri keduanya selepas Talita.

Sebelum ini Watie pernah alami keguguran anak sulung mereka pada 11 Mei 2025.

Shuib sebelum ini sudah memiliki empat orang anak bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 4.

Untuk rekod Shuib dan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkahwin pada 23 Jun 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok