40
MESKI tiga perkahwinan terdahulu gagal, nampaknya Noor Nabila tidak pernah serik untuk menjalin hubungan istimewa dengan jejaka lain.
Umum tahu dia kini sedang dilamun cinta dan khabarnya bakal bergelar raja sehari tidak lama lagi.
Tak tahulah betul atau tidak sebab semua ini hanya desas-desus yang sampai ke telinga Diva.
Nabila pun semakin terbuka berkongsi hubungan istimewanya kepada umum, malah ramai juga ‘approve’ selepas melihat jejaka itu yang pada awalnya disangka Aliff Aziz!
Apa pun Diva doakan hubungan Nabila dan buah hatinya berkekalan serta perancangan mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
DIVA: Post Malone datang Malaysia buat konsert? Tak sabar!
