7
KALAU cakap tentang hari raya, tidak lengkap tanpa pemberian duit raya kepada ahli keluarga dan sanak-saudara.
Paling menyeronokkan pastinya bila menerima sejumlah duit raya yang banyak dan perkara tersebut turut dilakukan Meerqeen kepada adik-adiknya.
Netizen menjadi teruja apabila adik-adik Meerqeen membuka sampul raya dan menunjukkan jumlah duit yang diberikan pelakon itu. Kata netizen, jumlah duit raya yang diberikan sudah seperti gaji sebulan dan lucunya, ramai menawarkan diri untuk menjadi adik Meerqeen.
“Ini sudah macam gaji sebulan. Meerqeen tak nak tambah adik ke? Kalau nak, saya sudi,” seloroh netizen.
Difahamkan, jumlah duit raya diberikan Meerqeen kepada setiap adiknya mencecah ribuan ringgit. – HIBGLAM
