MENITI bahagia, penyanyi Adira Suhaimi memberi bayangan hatinya sudah dimiliki apabila memuatnaik gambar lelaki misteri di laman sosialnya.
Biarpun tidak mendedahkan wajah individu terbabit, perkongsian manis berlatarkan lagu Bincang Raya nyanyian Amira Othman dan Irfan Haris cukup untuk menggambarkan fasa indah yang dilalui.
Dendangan popular itu sendiri menceritakan perihal dua insan yang mencari kata sepakat menyambut hari raya sama ada dengan keluarga wanita dulu atau ke rumah si lelaki.
Perkongsian Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 34, mengenai lelaki tinggi lampai yang tampak segak berbaju Melayu kuning cair itu secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya.
Ramai pengikut membuat andaian hati ibu tunggal empat anak itu semakin berbunga-bunga dengan kehadiran ‘orang baharu’.
“Ini betul-betul jodoh lebaran,” tulis seorang seorang peminat.
Menguatkan lagi spekulasi percintaan apabila sebelum ini Adira juga memuat naik momen beberapa hari menjelang Syawal.
Lelaki sama itu dirakamkan ada bersama-sama anak-anaknya menyaksikan pertunjukan bunga api tetapi hanya ditunjukkan dari bahagian belakang.
Terdahulu, selepas perkahwinannya dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu berakhir pada April 2024, dia tidak pernah berkongsi mengenai mana-mana lelaki.
Fokusnya adalah empat cahaya mata yang semakin membesar iaitu Anggrek, 8; Asan, 7; Anggun, 6; dan Ayob, 3 tahun.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 namun ikatan mereka berakhir selepas sembilan tahun. – HIBGLAM
