‘Bukan lelaki tetapi binatang’ – Sarimah selar kaki dera

BERANG dengan kes penderaan domestik, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim menyifatkan lelaki yang tergamak memukul isteri sebagai golongan hina.

Katanya, pelaku perbuatan terkutuk itu tidak layak disamakan dengan mana-mana makhkuk atau hidupan di muka bumi ini termasuk haiwan.

“Ini bukan lelaki. Ini binatang. Eh maaf, binatang pun tak macam ini,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Pelakon drama Bila Cinta Menjadi itu
turut memuat naik semula rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki memukul isterinya sebelum melarikan diri.

Menerusi berita dipaparkan, mangsa yang hamil anak kembar didakwa bukan hanya dipukul bahkan turut diseret sehingga jatuh terbaring.

Insiden yang kini dalam siasatan pihak berkuasa itu turut mengundang amarah netizen apabila rata-rata berharap hukuman berat dikenakan terhadap pelaku.

“Ini syaitan! Harap-harap kena tangkap cepat! Biar merasa tapak kasut polis macam mana keras lekat kat muka,” kata seorang pengguna Threads.

Sebagai selebriti yang peka dengan isu semasa, Sarimah juga pengacara kerap berkongsi pandangan mengenai hal semasa di platform media sosialnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok