Jepp ‘lompat’ konti radio mana pula?

CERITA tentang penyampai radio ‘melompat’ ke stesen lain bukan isu baru dalam dunia penyiaran radio tempatan.

Hampir setiap tahun mesti akan ada seorang dua yang berpindah tempat kerja dan terbaharu Diva dengar nama Jepp jadi bualan.

Mungkin hanya sekadar khabar angin tetapi apa yang sampai di telinga Diva, Jepp didakwa akan sertai keluarga baharu di radio milik sebuah syarikat gergasi media lain.

Agaknya nak bertukar angin atau tawaran lebih lumayan, iyalah pejam celik pejam celik, sudah 10 tahun dia bersiaran Sinar FM. 

Agaknya sudah tiba masa nak ke lokasi berbeza walaupun masih dalam bidang yang sama.

Kalau benar khabar angin yang Diva dengar, tahniah dan tak sabar nak dengar suara Jepp di saluran radio popular tersebut nanti. Selamat berjaya!

DIVA: Dengarnya dunia penyiaran radio pun toksik.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok