Zendaya, Tom Holland kahwin rahsia?

KERAP bersama pelakon Zendaya, seorang penata gaya terkenal, Law Roach, didakwa membocorkan rahsia besar yang disimpan aktres terbabit.

Stylist yang mengiringinya sejak 2011 dikatakan memberi bayangan kepada wartawan bahawa Zendaya serta kekasihnya, Tom Holland sudah bergelar suami isteri.

“Kamu terlepas perkahwinan mereka. Ini benar,” katanya ketika diwawancara pada sebuah majlis anugerah.

Begitupun, kenyataannya mencetuskan perdebatan maya yang disifatkan netizen sekadar gurauan apatah lagi pasangan terbabit juga tidak memberikan sebarang respons.

Mereka pertama kali bertemu sewaktu bekerja dalam filem Spider Man: Homecoming pada 2016 sebelum terus dipadankan untuk filem Spider Man: Far From Home (2019) serta Spider Man: No Way Home (2021).

Begitupun, kedua-duanya sangat berahsia mengenai hubungan mereka yang dikatakan sedang dalam fasa pertunangan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok