‘Saya akan jelaskan’ – Betty Rahmad biadab di Singapura?

KECOH dalam media sosial apabila selebriti dan usahawan, Betty Rahmad didakwa bersikap biadab dengan pekerja sebuah bazar di Singapura.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik individu yang dikenali sebagai Alif, dia menceritakan kejadian yang berlaku antara Betty dan pekerja di reruai jualan miliknya.

Video ini untuk Betty Rahmad dan Erma Fatima. Tahun lepas kakak kau kurang ajar, tahun ini kau pula kurang ajar.

“Betty datang ‘booth’ kami bersama temannya. Ketika itu ada dua orang pekerja sedang bertugas melayan pelanggan. Pelanggan nampak apa yang berlaku.

Dia datang di tengah kaunter dan pekik ‘I want this!’. Kau siapa? Jangan biadab. Kau hutang permohonan maaf dengan pekerja aku.

“Kau pakai tudung. Ini bulan Ramadan. Kau sangat biadab,” katanya dalam video yang kini tular dalam media sosial.

Sementara itu Betty yang menyedari namanya sedang hangat diperkatakan netizen memberi tindak balas terhadap isu tersebut.

Menurut Betty dia akan membuat penjelasan dalam satu sesi siaran langsung dalam akaun media sosialnya.

“Alhamdulillah tiba di rumah dengan Selamat. Perlukan rehat untuk bangun esok pagi memasak dan bersahur.

Saya akan melakukan sesi ‘live’ selepas Tadarus esok pagi untuk menjelaskan keadaan sebenar. Siapa yang ingin percaya terpulang. Siapa yang kenal saya tahu saya macam mana.

“Biar saya selesaikan urusan dan saya akan bersiaran langsung pada pukul 11.30 pagi,” tulisnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok