PELAWAK Shuk Sahar berkongsi khabar duka mengenai pemergian bapanya, Mohamed Sahar yang meninggal dunia, semalam.
Shuk atau pemilik nama lengkapnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, meminta maaf kepada semua yang mengenali arwah andai terdapat sebarang kesilapan ketika hayatnya.
“Assalamualaikum, minta sendekahkan al-Fatihah untuk ayah saya yang baru saja menghembuskan nafas terakhir tadi (semalam).
“Kepada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Minta dihalalkan segala hutang serta maafkan segala salah silap beliau,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.
Menerusi perkongsian lain, pelakon juga bekas penyampai radio itu turut mendoakan insan kesayangannya.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya.
Begitupun, Syuk tidak berkongsi butiran lanjut berkenaan punca pemergian arwah.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Alma Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – HIBGLAM
