Masih gila berpesta, Seungri buat peminat geram

BEKAS ahli BigBang, Seungri kembali mencuri perhatian dengan kisah ligat menari dan berpesta di sebuah kelab malam.

Namanya hangat diperkatakan apabila sekeping foto memperlihatkan lelaki bertopi putih dipercayai Seungri tular.

Netizen menjangkakan pemilik nama lengkap Lee Seung-hyun itu akan berubah terutama selepas terpalit banyak kontroversi sebelum ini.

Rata-rata berasa geram dengan kelakuan penyanyi berusia 30 tahun itu yang disifatkan tidak serik berkelakuan liar.

“Disebabkan perangainya, BigBang berpecah. Dia tidak sepatutnya berada dalam kumpulan itu,” kata peminat.

“Dia masih tidak waras dan melakukan banyak kesalahan yang tidak sepatutnya,” ujar netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok