[VIDEO] Raymond Goh selamat disemadikan

JENAZAH Allahyarham Raymond Goh atau Muhammad Zaman Goh Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Bukit Kiara sekitar pukul 5.25 petang tadi.

Jenazah pembaca berita Nightline itu selesai dimandi dan dikafankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)  sebelum disembahyangkan dengan dihadiri lebih 100 jemaah.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah pengacara Money Matters, Zahir Kelvin Ong Abdullah dan bekas senator yang juga aktivis orang kelainan upaya (OKU), Datuk Ras Adiba Radzi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Faridah Teh dan anak tiri dikenali sebagai Fendi.

“Raymond meninggal dunia dalam keadaan tenang,” tulis Faridah dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok