ANUGERAH Grammy ke-68 baru melabuhkan tirai yang menyaksikan ramai penggiat seni muzik berhimpun di Crypto.com Arena di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Namun, di laman sosial sebilangan besar netizen tertanya-tanya mengenai keberadaan penyanyi dan komposer popular, Taylor Swift yang tidak kelihatan dalam lambakan bintang tersohor lain.
Dikhabarkan, pelantun lagu Blank Space itu sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya dengan atlet NFL, Travis Kelce yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, sumber lain mendakwa tiada keperluan untuk penyanyi berusia 34 tahun itu hadir memandangkan musim ini namanya tiada dalam senarai pencalonan.
Ini kerana album ke-12 juga buah tangan terbaharunya, The Life of a Showgirl diterbitkan selepas tarikh tutup pencalonan acara berprestij itu.
Begitupun, penerima 14 trofi Grammy itu sebelum ini pernah beberapa kali tidak hadir atas beberapa sebab tertentu. – HIBGLAM
