‘Tak perlu ‘blur’ muka, memang saya masuk kelab’

TIDAK berselindung, pelakon Emma Maembong secara terbuka mengakui dia merupakan aktres wanita yang dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

Menurut Emma, dia ke pusat hiburan yang terletak di Sibu, Sarawak itu bagi merakam video muzik selain mengakui mahu melihat seorang DJ membuat persembahan pada hari tersebut.

“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.

Mudah saja, saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kace ‘spin’ di situ, saya nak pergi tengok.

“Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia ‘spin'” katanya dalam InstaStory hari ini

Tambahnya, dia menyedari dirinya dirakam dan memilih untuk membiarkan sahaja perkara tersebut.

Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi.

“Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja, lainlah kalau wajah saya terkantoi kemudian tersebar,” ujarnya.

Emma turut mempersoalkan tindakan pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran sebelum ini.

“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.

Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.

“Orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media sosial kecoh sejak semalam apabila tular sebuah video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak baru-baru ini.

Kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat dalam video tersebut yang turut dikawal sekumpulan pengawal keselamatan peribadi.

Tidak menyembunyikan wajahnya, pelakon yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu dilihat sempat melambai membalas saoaan peminat yang menyapanya dalam pusat hiburan tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik peminat pelakon tersebut yang berada di pusat hiburan sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok