517
SEJAK kembali dengan buah tangan baharu, peminat Malaysia menduduki carta teratas sebagai pemuja karya terbaharu penyanyi K-pop, Hwasa.
Hal tersebut dapat dilihat menerusi kejayaan single baharunya berjudul I Love My Body dalam carta iTunes.
Selain Malaysia, lagu anggota kumpulan Mamamoo itu turut menembusi carta iTunes di Kemboja, Colombia, Hungary, Jordan, Nigeria, Filipina, Arab Saudi dan Singapura.
I Love My Body menjadi single digital pertama pemilik nama asal Ahn Hye-jin itu selepas menyertai pengurusan baharu, P Nation.