Lizzy buru ‘pucuk muda’, bersuara macho

JANGAN terus serkap jarang apabila membaca hantaran pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan atau Lizzy yang meluahkan hasrat mencari teman lelaki secara ‘online’.

Perkongsiannya dalam Threads lengkap dengan kriteria dikehendaki iaitu antaranya perlu mahir dengan permainan video Mobile Legends (ML).

Antara syarat lain adalah perlu berumur minimum 25 tahun, tapi katanya andai tua sedikit pun tidak mengapa ditambah lagi satu ciri, bersuara ‘macho’.

Wah-wah Lizzy, Diva yang baca syaratnya sampai nak tersedak sebab yakin penyanyi bersuara manja itu masih bahagia dengan suaminya, tuan doktor kacak.

Tambah penyanyi lagu Knock Knock itu lelaki yang dipilih nanti bakal menerima ganjaran istimewa berupa kasih sayang serta perhatian.

Tapi macam Diva kata tadi, Lizzy bergurau sahaja.

Sebenarnya dia nak cari kaki game ML yang sekepala untuk beradu kemahiran. Kuss semangat!

DIVA: Ada selebriti menangis di bucu katil suami menggatal.

LIZZY mencari lelaki muda mahir bermain Mobile Legends dan bersuara ‘macho’.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok