SEMAKIN seronok melayari kehidupan sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, penyanyi Rihanna memberi bayangan tidak kisah jika dianugerahkan seorang lagi anak.
Perkara tersebut dikongsi dalam laman sosial pempengaruh Montana Rose Brown yang memuat naik sasaran 2026 dengan memberikan dua pilihan menarik.
Memutuskan untuk jadi panas dan seksi atau hamil di tahun 2026,” tulisnya pada video yang memperlihatkan dirinya terdiam seketika seperti sedang berfikir.
Perkongsiannya nyata menarik perhatian ramai pengikut serta teman terdekat termasuk Rihanna yang mengakui turut terfikir untuk hamil lagi.
Tunggu sekejap! Nampaknya saya tidak gila. Janji,” selorohnya membalas hantaran tersebut.
Bersama pasangannya juga penyanyi, A$AP Rocky, 37, mereka baru menimang anak perempuan dinamakan Rocki yang lahir pada 13 September 2025.
Hasil hubungan yang terjalin sejak 2020, Rihanna dan A$AP Rocky dikurniakan dua lagi anak iaitu RZA Athelston Mayers, 4, dan Riot Rose Mayers, 3.
Rihanna dan Rocky menjalin hubungan sejak 2020 dan kerap menyampaikan pandangan mereka tentang keluarga, termasuk menjalani hidup sesuai dengan pilihan sendiri. – HIBGLAM
