TAK tahu nak gelak atau menangis dengar luahan hati pelakon Adam Shahz yang mendedahkan sudahlah tujuh bulan tiada tawaran berlakon, tetapi tiba-tiba ada kawan nak pinjam duit.
Katanya, individu berkenaan juga merupakan seorang pelakon malah tahu keadaan dirinya yang ‘sesak’ susulan tiada pendapatan daripada lakonan.
Adam mengakui agak terkilan berdepan sikap segelintir pihak yang tiada ‘common sense’ sedangkan mengetahui situasi dilaluinya.
Betul juga, sebelum buka mulut nak meminjam duit mungkin boleh risik-risik dulu keadaan orang yang nak kita minta tolong.
Harapnya Adamz pun dapat tahan sabar berdepan karenah sebegini, lebih-lebih lagi orang yang kita kenal rapat. Bukan tak mahu tolong, cuma janganlah semberono. Betul tak?
DIVA: Dengarnya seorang selebriti popular sudah bercerai sejak beberapa bulan lalu.
