Ramai ‘naik hantu’ tonton La Tahzan

INDONESIA sekali lagi meluncurkan naskhah mengetengahkan isu kecurangan yang sememangnya berjaya membuatkan penontonnya naik darah.

Terbaharu, filem La Tahzan lakonan Deva Mahendra, Ariel Tatum dan Marshanda membuatkan penonton tidak senang duduk sehingga ada yang meluahkan rasa benci, geram dan marah dalam media sosial.

La Tahzan mengisahkan Reza lakonan Deva, suami kepada Alina (Marshanda) yang menjalin hubungan sulit dan melakukan maksiat dengan pembantu rumahnya iaitu Asih (Ariel).

Filem itu menerima perlbagai reaksi penonton. Ada yang meluahkan rasa benci dengan isu curang dan jemu disuap naratif klise.

Selain itu, ramai mengkritik beberapa babak panas lakonan Deva dan Ariel.

“Jalan cerita dah okey tetapi adegan ranjang rasanya tak perlu.

“Sudahlah sakit hati, kemudian diberi babak tak senonoh pula, jadi sakit mata pula.

“Filem La Tahzan ini elok tukar tajuk menjadi La H*n*t, menyirap betul!” luah penonton. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok