BUKAN tentang Uqasha lagi tetapi kali ini mengenai sepupunya, pelakon Aprena Manrose yang katanya sudah tidak lagi memakai tudung.
Bukan cerita yang baharu pun tetapi Diva lihat kali ini memang tudungnya sudah betul-betul ‘terbang’ sebab dia dilihat muncul dengan imej free hair dalam penggambaran baru-baru ini.
Pada mulanya agak terkejut sebab Diva ingatkan Aprena masih berjuang untuk istiqamah tetapi lain pula berlaku.
Mungkin bukan satu keputusan mudah juga untuk dilakukan Aprena tetapi nak buat macam mana, dia juga manusia yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Kita doakan yang baik-baik buat Aprena, manalah tahu hatinya terbuka untuk kembali berhijab. Tenang ya semua, jangan marah-marah.
DIVA: Ada yang cakap kini giliran Kamal Adli jadi fenomena seperti pernah dilalui Fattah Amin sebelum ini.
