‘Anak perlukan ayah ibunya’ – Kamal Adli pertahan rumah tangga

KEKAL dengan pendirian, pelakon Kamal Adli tetap mahu mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, sejak rumah tangganya bergolak, dia tidak dapat berjumpa dan berhubung dengan anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

“Saya sihat hari ini, mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Jika Uqasha dengan pendirian dia (tekad mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan).

Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan dia dan hari ini pertama kali jumpa.

Saya masih tidak dapat berhubung dengan dia. Anak saya perlukan ayah dah ibunya,” katanya kepada HibGlam, hari ini.

Sementara itu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, enggan mengulas lanjut selain memohon doa ramai agar dipermudahkan urusan.

Doakan yang baik-baik ya semua. Terima kasih,” katanya ringkas sambil berjalan menuju ke ruang lobi mahkamah bersama peguam syarienya, Muhammad Syazmee.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

Permohonan cerai berkenaan dibuat Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Sehubungan itu, prosiding seterusnya untuk kes cerai mereka ditetapkan mahkamah hari ini sebagai tarikh baharu.

Prosiding sebutan pertama kes perceraian Kamal dan Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berjalan pada 22 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok