‘Tiada istilah sondol menyondol, kami sayang mama’

PELAKON Bella Astillah meminta orang ramai berhenti melemparkan kecaman terhadap wanita dikenali sebagai Ami Ilana termasuk menggelarnya sebagai penyondol.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, segala dakwaan netizen terhadap Ami adalah tidak benar termasuk dikatakan orang ketiga dalam hubungan Bella dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Alhamdulillah kami dapat selesaikan bersama. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.

“Cuma semua ini berlaku kerana ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tak sepatutnya terhadap Ami tanpa usul periksa turut sama mengecam.

“Tidak ada istilah sondol menyondol sebab dia pun bersama dengan BASS sejak awal dan Ami pun tidak single,” katanya dalam Instagram hari ini.

Tambah Bella, kecaman tersebut perlu dihentikan kerana sudah melibatkan ahli keluarga.

“Minta henti kecam kak Tasha juga kerana sudah melibatkan ahli keluarga dan sangat tidak adil kerana mereka tiada niat yang tak baik.

“Jadi, terus bergerak ke hadapan. Kami semua baik-baik sahaja dan kami sayang mama,” ujarnya.

Sebelum ini, tular dakwaan hubungan Bella dengan Syed Saddiq diganggu seorang wanita yang rapat dengan mereka.

Bahkan, perkara tersebut rancak diperkatakan di laman Threads kononnya ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz lebih menyukai individu berkenaan yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit.

Menerusi semakan di Threads, netizen turut mendapati Sharifah Mahani tidak pernah memuat naik hantaran foto bersama Bella menyebabkan timbul tanda tanya berkenaan hubungan mesra yang diperlihatkan di media sosial.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin intim selepas serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan.

Membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila bersama keluarga masing-masing, Bella turut menemani lelaki terbabit ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok