Tinggalkan Katy Perry, Orlando Bloom pilih si ‘blonde’

EMPAT bulan berpisah dengan penyanyi Katy Perry, aktor Orlando Bloom dikatakan sudah menemui pengganti yang masih belum didedahkan identitinya.

Lelaki berusia 48 tahun itu didakwa kerap menghabiskan masa senggang dengan seorang wanita berambut perang di London, United Kingdom.

Mereka juga difahamkan beberapa kali muncul di tempat awam, bahkan Bloom kelihatan santai meski banyak mata mengenalinya.

Melihat perkembangan terkini, rata-rata peminat gembira kerana selebriti kesayangan mereka sudah menemui cinta baharu selepas ditinggalkan bekas tunangnya.

Perpisahan dengan Perry turut mengejutkan peminat kerana mereka sudah sembilan tahun hidup bersama selain mempunyai seorang anak perempuan, Daisy yang kini berusia lima tahun.

Bekas tunangnya pula kini semakin terbuka mempamerkan hubungan akrabnya dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok