‘Mahu jaga privasi’ – Hazeeq Dean kunci mulut isu bercumbu

Isu foto ‘comolot’, Hazeeq Dean kunci mulut

PELAKON Hazeeq Dean memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan foto intim yang memperlihatkan dirinya bersama seorang wanita dalam keadaan mesra di sebuah photobooth di pusat beli-belah sekitar Ogos lalu.

Menurut Hazeeq atau nama penuhnya Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, tindakan berdiam diri diambil demi menjaga privasi semua pihak selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier seni dan perniagaannya.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang tular ini. Sejak jadi pelakon saya lebih fokus pada lakonan drama, filem dan kebetulan bisnes pun semakin berkembang.

Fokus saya hanya untuk kerja, jadi apa-apa yang tular ini saya tak ada benda nak komen untuk menjaga privasi semua orang.

“Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan dengan apa yang berlaku,” katanya kepada HibGlam pada sidang media dan sesi temu bual bersama pelakon drama Safira (Bukan Nama Sebenar).

Tambah bekas peserta Hero Remaja 2020 itu, keutamaannya kini adalah memperbaiki diri serta memberi tumpuan terhadap perjalanan kariernya sebagai pelakon.

“Saya hanya mahu memberi fokus tentang perkara-perkara yang beri manfaat kepada diri sendiri. Contohnya mahu memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dalam bidang lakonan.

Jadi apa-apa yang tular bukan hak saya untuk memberi komen. Bagi saya apa saja yang tular, tak kisahlah fasal drama atau apa saja. Kita tiada hak untuk tutup mulut orang atau halang apa yang mereka mahu lakukan.

“Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik saja,” ujarnya.

Menyentuh soal hubungan cinta dengan pelakon Dayang Areeda, Hazeeq lebih selesa untuk menyimpan hal peribadi daripada tatapan umum.

“Saya soal menjalin hubungan cinta atau tidak itu adalah terlalu privasi. Satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua.

Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.

“Untuk siapa yang tahu saya sekarang dengan siapa (bercinta), kalau jumpa di luar mereka tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta didakwa bercium mulut ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat beli-belah.

Difahamkan, foto tersebut dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam apabila ditampal bersama gambar pelanggan lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok