[VIDEO]‘Saya tak okey, kena sekat sejak 27 September lalu’

MASIH dengan pendirian mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina, pelakon Kamal Adli mengakui agak gementar untuk menjalani prosiding perceraian dengan isterinya, Uqasha Senrose.

Dalam nada sebak, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memaklumkan tidak menyangka masalah perhubungannya dibawa ke mahkamah.

“Saya memang tak okey (sepanjang tempoh situasi perceraian), tapi cuba (untuk okey), tak sangkalah sampai pengakhirannya ke sini (mahkamah). Saya sangat sayang sebenarnya.

Saya berdebar sebenarnya. Saya tak pernah sampai tempat-tempat macam ni. Jadi saya tengah cuba nak ‘overcome’ (tangani).

“Benda ini sangat tak seronok untuk saya. Saya tak gembira pun untuk sampai sini sebenarnya. Hanya mahu selamatkanlah,” katanya kepada HibGlam , hari ini.

Pada masa sama, pelakon drama Dia Imamku itu memberitahu tujuannya hadir ke mahkamah hari ini bagi menyelamatkan perkahwinannya.

Saya harap yang baik. Saya datang pun dengan niat baik dan tak ada apa pun. Sudah semestinya saya datang nak selamatkanlah (perkahwinan).

“Memang tanggungjawab saya datang kat sini hari ini. Macam hari itu tak dapat nak datang sebab saya ada masalah sikit, saya ada kerja.

“Jadi hari ni saya datang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Insya-Allah, doakan baik-baik saja,” ujarnya lagi.

Selain itu, Kamal turut mengakui sukar berhubung dengan Uqasha kerana disekat sejak sebulan lalu dan hanya berkomunikasi melalui peguam.

Kena sekat dari 27 September lalu, lama dah fahamlah perempuan merajuk.Melalui peguam (komunikasi) saja boleh, adalah sekatan-sekatan yang dilakukan.

“Ada beberapa ‘roadblock’ (sekatan) yang susah nak sampai. Jadi terpaksa komunikasi hanya melalui surat-menyurat saja.

“Macam zaman dulu kan? Mungkin saya hantar pakai burung lepas ni,” ujarnya lagi.

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan. – HIBGLAM

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok