Didakwa scammer, Mazleen akan langsaikan hutang

SELEPAS dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025, nama Mazleen hangat diperkatakan apabila wujud dakwaan dirinya culas melangsaikan bayaran terhadap vendor perniagaan kios makanan.

Tidak menafikan isu tersebut, Mazleen atau nama sebenarnya Mazlin Abu Bakar, 45, memaklumkan terpaksa berehat daripada urusan perniagaan sejak awal tahun bagi memberi tumpuan terhadap penyertaannya dalam program realiti terbabit.

“Sudah enam bulan saya tidak berniaga sebab nak fokus program Kilauan Emas. Enam

“Nak masuk uji bakat bukan boleh kosong. Ada tempoh persiapan, jadi apa-apa kerja lain memang saya rehatkan sekejap,” katanya kepada HibGlam semasa sidang media Kilauan Emas 2025, baru-baru ini.

Pada masa sama, penyanyi asal Kluang, Johor itu percaya tuduhan dirinya sebagai ‘scammer’ sengaja ditimbulkan untuk mengganggu fokusnya membina nama dalam industri seni.

“Apa yang saya buat dalam bidang nyanyian adalah nyanyian, kerja adalah kerja.

“Bagi saya tak adil kalau nak campur adukkan, bukan saya seorang yang ada sisi berbeza.

“Bila kita lebih dikenali, perkara seperti ini akan timbul,” jelasnya.

Mazleen turut memaklumkan tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa dan akan menyelesaikan segala masalah tertangguh bila tiba masanya.

“Alhamdulillah, mereka nampak saya tak ke mana pun.

“Kita memang akan kembali bekerja, jadi semua urusan akan dikembalikan semula dalam kadar yang sesuai,” ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal menerima kiriman emel yang mengatakan Mazleen berhutang sebanyak RM3,6000 kepada seorang pembekal vendor selain mengabaikan mesej dan panggilan bagi menuntut wang.

Malah, pengirim terbabit turut menunjukkan resit duit transaksi palsu yang dipercayai daripada Mazleen.

Sebelum ini, Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025 mengetepikan lima finalis lain iaitu Zekrai, Nawary, Zanie, Ezan dan Majid.

Kemenangan tersebut membolehkan Mazleen membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, trofi Kilauan Emas, pakej umrah premium sumbangan Khadim Ummah Holidays serta pakej percutian empat hari tiga malam ke Dubai, UAE sumbangan Amartrips.com. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok