TANGGAL 1 September merupakan hari istimewa penyanyi Jungkook. Tarikh itu sekali gus menjadikan media sosial penyanyi dibanjiri ucapan kasih sayang sempena hari lahir penyanyi itu.
Bagi peminat, ucapan yang dizahirkan setiap tahun diharapkan mampu membahagiakan anggota kumpulan BTS itu.
Menghargai ingatan dan kasih sayang peminat, pemilik nama asal Jeon Jung-hyun itu turut membalas ucapan yang dikirimkan kepadanya dalam media sosial.
“Seiring waktu berjalan, hari jadi saya tidak terasa begitu bermakna tetapi dengan masa yang awak semua berikan menjadikan hari ini sangat berharga.
“Hari ini seperti biasa, saya tetap mengatakan perkara sama iaitu ucapan terima kasih dan perasaan sayang kepada awak semua.
“Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan awak semua. Saya sayang awak, Army (kelab peminat BTS),” katanya dalam aplikasi Weverse.