Natasha Hudson bahagia jadi orang kampung

AGAK lama tidak dengar berita mengenai pelakon Natasha Hudson yang khabarnya semakin selesa tinggal di Langkawi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu sebelum ini mengakui hidup dikelilingi kehijauan dan laut sangat menenangkan.

Tetapi sebelum ini Diva perasan ada dalam kalangan netizen seolah-olah tidak puas hati apabila wanita secantik Natasha mahu tinggal di kampung.

Ternyata, kenyataan individu terbabit tersasar kerana selebriti berusia 43 tahun itu benar-benar menikmati setiap detik di pulau peranginan tersebut.

Mana tak gembira kalau setiap hari boleh bawa anak-anak ke pantai, jenguk ayam itik sambil keliling pulau nikmati keindahan alam. Tak gitu?

DIVA: Rindu nak tengok Natasha berlakon.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok