37
KETIKA semua sedang ‘demam’ lagu Cicak ciptaan legenda dikir barat Kelantan, Allahyarham Cikgu Naim, Kasih Iris Leona juga tidak ketinggalan menyanyikan karya tersebut.
Dia mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan gelagatnya menyanyikan lagu tersebut dalam dialek Kelantan.
Rata-rata netizen terhibur selain berseloroh Leona menyanyikan lagu tersebut dalam versi ‘England’.
“Leona tak pernah tidak kelakar,
“Ini lagu cicak versi ‘British’ dan T20 ke ni?
“Lagu cicak kena jajah, minta lajukan video pula! Keras perut gelak,” kata netizen.
Video tersebut meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 84,000 tanda suka dalam TikTok. – HIBGLAM