24
Cukup-cukuplah Mimi Lana buat kami cemburu.”
Itu komen yang membanjiri video TikTok dimuat naik Mimi Lana baru-baru ini yang memaparkan aksi mesranya dengan suami tercinta, Syafiq Kyle.
Menerusi perkongsian berdurasi 48 saat itu, Mimi berkongsi rutin hariannya termasuk menghadiri kelas pilates dan bersarapan bersama Syafiq sebelum terbang ke London.
Ciao (selamat tinggal) Malaysia, ” tulisnya ringkas.
Video tersebut meraih pelbagai respons peminat selain meminta Mimi dan Syafiq menghormati individu yang masih berstatus solo.
“Bahagian mesra dengan Syafiq tak perlu letak, kecewa!
Nak cemburu pun tak boleh sebab memang sudah menjadi suami dia.
“Tolong hormat orang single, ini yang malas main TikTok,” usik netizen. – HIBGLAM