749
BIARPUN belum memulakan karier solo secara rasmi, penyanyi Seunghan terlibat dengan kontroversi berhubung gambar intim bersama seorang wanita.
Semuanya bermula apabila foto penyanyi kumpulan Riize itu mencium seorang wanita yang disyaki bekas teman wanitanya di atas katil sebuah motel.
Lebih teruk apabila spekulasi bertebaran bahawa bekas kekasihnya masih berstatus ‘bawah umur’ semasa gambar itu dirakamkan.
Hal tersebut meningkatkan kebimbangan orang ramai terhadap kewajaran tindakan penyanyi berusia 19 tahun itu.
Bagaimanapun, pihak pengurusan SM Entertainment masih berdiam diri mengenai perkara berkenaan.