‘Cantiknya Adira, tak padan langsung dengan saya’

SELEPAS lebih setahun bercerai, penyanyi Adira Suhaimi berharap bekas suaminya, Datuk Red dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

Pada masa sama, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 34, turut mendoakan kesejahteraan lelaki yang pernah menjadi teman hidupnya itu.

Dia sudah mula dah. Sama atok (panggilan Red), saya pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak.

“Semoga awak dapat jodoh yang terbaik,” katanya dalam ruangan komen.

Perkara tersebut tercetus apabila Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 47, meninggalkan komen dalam video Adira yang dipercayai menjalani sesi fotografi sambil menggayakan beberapa busana pengantin.

Terpesona dengan penampilan bekas isteri, Red turut memuji kejelitaan wanita itu selain mendoakan kesejahteraan Adira.

Masya-Allah cantiknya, memang tak padan langsung dengan saya.

“Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.

Kalau awak ada jodoh dengan orang lain yang lagi padan, saya doakan dan reda,” ujarnya.

Sebelum ini, Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

Meskipun membawa haluan masing-masing, hubungan mereka dilihat kekal baik demi kebajikan anak-anak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok