ANAK kedua usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, iaitu Qadejah El Zahra menyuarakan hasrat untuk tidak mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Perkara tersebut dimaklumkan Qadejah, 15, yang enggan terlalu awal memikirkan soal komitmen yang perlu dilaksanakan apabila sudah dewasa kelak.
“Saya akan duduk rumah ini sampai umur 30 tahun, saya tak nak kahwin.
“Baik saya duduk dengan abah, tak perlu bayar bil api dan air. Kalau saya nak baju, saya minta mama,” katanya dalam sebuah siaran langsung.
Jelas Qadejah, dia lebih selesa berada di bawah jagaan ibu bapanya berbanding memilih untuk membina hidup bersama orang luar.
“Kenapa saya patut duduk dengan orang lain? Saya ada mama dan abah. Saya rela duduk di sini daripada tempat lain.
“Saya nak belajar dulu dan perlu ke luar negara. Kalau nak kahwin pun tunggulah umur 45 tahun nanti,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Qadejah turut menegaskan bahawa kehidupannya tidak akan rugi walaupun tidak berkahwin pada usia muda kerana masih mendapat sokongan dan bantuan penuh daripada keluarganya.
“Saya tak rugi, saya untung sebab tak perlu bayar apa-apa.
“Saya tidak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk bayar perbelanjaan saya. Orang yang saya kenal untuk berbelanja, abah saja.
“Kalian perlu bersetuju dengan saya, kenapa perlu minta dengan orang lain,” jelasnya.
Qadejah yang merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik itu sering mencuri perhatian netizen dengan keperibadiannya yang lantang dan berani bersuara sama seperti bapanya.
Dia juga tidak kisah apabila diberi gelaran Aliff Syukri 2.0 selain menerima segala kritikan dengan hati terbuka. – HIBGLAM