Break Misha Omar memang ‘power’

MISHA Omar, penyanyi yang tidak pernah gagal ‘bercerita’ dalam setiap lagu-lagunya.

Kehebatan itu sekali lagi dilakukannya apabila berjaya menghanyutkan emosi ramai menerusi single terbaharunya berjudul Break.

Lirik yang penuh puitis hasil curahan idea Melly Goeslaw dan susunan muzik oleh penerbit serta komposer ternama Indonesia, Tohpati. Peminat berpendapat Misha berjaya menyalurkan emosi dan menterjemahkan lirik lagu tersebut dengan cemerlang.

Lagu balada tersebut juga dirakam di Indonesia dan mendapat bimbingan daripada guru vokal tersohor tanah air, Datuk Syafinaz Selamat.

Break mengangkat tema perpisahan daripada sudut pandang wanita yang sudah penat berada dalam hubungan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok