AHLI perniagaan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila menyakat anak bujangnya, Ammar Ahyan yang didakwa ‘berkenan’ dengan anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B.
Menerusi satu klip video siaran langsung dalam TikTok, Ammar menceritakan bahawa Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, pernah bertanyakan beberapa soalan peribadi yang menurut Aliff, seolah-olah gadis itu menunjukkan minat terhadap anak terunanya.
Tidak melepaskan peluang untuk mengusik, Aliff yang turut berada dalam sesi tersebut mencelah dan mencadangkan jawapan yang lebih romantik untuk anak sulungnya itu.
Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia selama saya hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” katanya.
Namun belum sempat Aliff menghabiskan ayat, Ammar pantas memotong kata-kata bapanya.
Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu,” tegasnya.
Aliff kemudian terus menyakat anaknya itu dengan bertanya tentang perkara yang menarik mengenai Cik B.
Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” ujar Ammar.
Jawapan tersebut disambut Aliff sambil terus mengusik dan ‘memanaskan’ suasana dalam sesi siaran langsung bersama anaknya itu.
Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” tambahnya berseloroh.
Lebih mencuit hati, Aliff turut memainkan lagu Setanggi Syurga nyanyian kumpulan Inteam dalam siaran langsung itu sambil menyakat Ammar, sebelum menyanyikan semula lagu berkenaan dengan lirik yang diubah mengikut kreativiti sendiri.
“Itu lagu Ammar Ahyan dengan Cik B. Ammar akan ditakdirkan dengan ikhlas dan pengorbanan untuk Cik B. Di sana kita bina, Ammar Ahyan dan juga Cik B bersatu. Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu,” usik Aliff. – HIBGLAM