Dua bulan turun 20kg, dua kali ‘black out’ – Zul Ariffin

DEMI menjayakan watak dalam filem aksi terbaharu, pelakon Zul Ariffin berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan.

Pada masa sama, Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 39, memaklumkan berlaku beberapa insiden dan gangguan kesihatan mencabar sepanjang proses menurunkan berat badan.

“Hari ini hari ke-60. Genap dua bulan pengorbanan, 20kg turun.

101kg ke 81kg. Dua kali ‘black out’ (pitam), hidung berdarah sekali.

“Banyak migrain dan pening, rendah karbohidrat, rendah gula, semua rendahlah. Masih dua tiga jam latihan setiap hari,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam hantaran sama, Zul turut tayang perutnya yang berotot sambil memasukkan lagu Enter Sandman nyanyian band legenda Metallica sebagai latar muzik.

Meskipun tidak yakin pada awalnya, pelakon filem Sangkar itu tetap meneruskan transformasi fizikal demi komitmen terhadap watak.

Tidak mudah, malah ini merupakan salah satu cabaran terbesar yang saya tempuhi setakat ini. Kali terakhir saya mencuba sembilan tahun lalu dan itu hanyalah 13kg.

“Saya kata akan melakukannya tetapi sejujurnya saya berasa tidak yakin sepenuhnya.

“Kadang-kadang anda hanya perlu tempuhinya secara terus. Bersedia untuk mulakan penggambaran Furious,” ujarnya.

Sebelum ini, Zul pernah menurunkan berat badan sebanyak 13kg dan membina ‘six pack’ untuk menjiwai watak dalam filem Tombiruo dalam masa tiga minggu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok