’Mohon maaf Kieda, tak perlu panjang drama salahkan orang lain’

REHATLAH dik dari media sosial.”

Demikian nasihat pelakon dan pelawak Zulin Aziz kepada pempengaruh Kieda agar tidak bermain media sosial buat masa ini selepas teruk dikecam kerana mendedahkan dirinya terkena penyakit herpes.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, turut menyarankan peniaga makanan terbabit jangan lagi memberikan kenyataan atau cuba membetulkan keadaan yang semakin keruh.

“Dalam keadaan sekarang, lagi kita cakap lagi banyak salah yang akan keluar.

Kita tak selalunya betul tapi kita ada peluang nak betulkan keadaan.

“Kita bukan sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik daripada sebelumnya. Ikhlas dari hati untuk Kieda, pergilah ‘healing’ mana-mana,” katanya dalam Threads.

Selain memintanya menjauhi media sosial, pelakon drama From Saga With Love itu turut meminta Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra memohon maaf secara terbuka selain menyesali tindakannya.

Mudah saja adik kalau bagi kenyataan minta maaf. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bergurau, memuat naik sebarang kandungan dalam media sosial.

Saya juga manusia biasa tak lari dari membuat kesilapan, maafkan saya. Selepas itu kau boleh tenangkan diri, rehat dulu dari media sosial.

“Tidak perlu panjang-panjang drama, tak perlu salahkan orang lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, menerusi sebuah video tular dalam media sosial, Kieda mendedahkan dirinya terkena jangkitan herpes.

Wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu dikatakan mengaitkan jangkitan tersebut dengan suaminya selain menyatakan bahagian sulit pasangannya berbau masam.

Perkongsian tersebut sekali gus mengundang kritikan dan kecaman orang ramai apabila disifatkan membuka aib pasangan dan hal rumah tangga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok