MESKI sudah berpisah, pelakon Edika Yusof meraih perhatian ramai apabila berkongsi gambar mesra bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam Instagram.
Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58, memuat naik satu hantaran foto bersama bekas isterinya yang dilengkapi dengan kapsyen romantis.
Jika dia (bekas isteri) sering tersenyum kepadamu, mungkin itulah petanda dia selesa dan suka berada disampingmu,” katanya.
Dia dilihat menyambut hari bapa bersama bekas isteri dan keluarga pada Ahad lalu.
Namun begitu, tindakan Edika meletakkan tangannya di atas bahu bekas isterinya, Hidayah mencetuskan spekulasi mengenai hubungan sebenar mereka.
Perkongsian Edika menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat pelakon itu masih menyimpan perasaan terhadap Nor Hidayah dan berharap mereka dapat kembali bersatu sebagai suami isteri.
“Saya doakan Edika dan Hidayah dapat bersatu semula amin, insyaAllah,” ujar pengikut.
Semoga terbuka hati untuk kembali bersama semula, pahit getir, manis pedas itulah yang akan mengukuhkan ikatan, berbincang dan tolak ansur dalam segala hal insyaAllah dipermudahkan,” tutur peminat.
“Saya suka tengok keluarga ini, semoga kembali bersama Edika dan bekas isteri,” komen netizen.
Sebelum ini, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas bekas isterinya memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 16 Januari 2004 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq serta Fareena Nurulhaq. – HIBGLAM