‘Muat naik status single, tapi sondol suami saya’

ENTAH di mana punca, secara tiba-tiba nama pelakon Nazeera Sardi dipetik dan disebarkan seorang wanita sebagai pengganggu rumah tangganya.

Dakwaan berkenaan dilemparkan individu terbabit menerusi laman sosial dengan menyertakan tangkap layar akaun TikTok milik pelakon juga usahawan itu.

“Siapa peminat artis sendu ni? Tolong kirim salam. Katanya ada bisnes sendiri, duit banyak.

“Tapi kenapa masih nak ganggu rumah tangga orang?” tulis wanita terbabit dalam platform Threads.

Tidak menjelaskan lebih terperinci, individu berkenaan juga menuduh pelakon filem Pagari Bulan sebagai penyondol atau perampas suami orang.

“Konon muat naik status single (solo), tapi realiti sondol suami saya,” ujarnya lagi.

Tuduhan tanpa bukti yang diperkatakannya membuatkan netizen tertanya-tanya kesahihan dakwaan yang dilemparkan.

Pada masa sama, usaha HibGlam untuk mendapatkan maklum balas pemilik nama lengkap Siti Nazirah Sardi, 38, itu belum berhasil.

Nazeera tidak membalas kiriman mesej di Whatsap berkenaan dakwaan tersebut mahupun menjawab panggilan telefon

Selain berlakon dan aktif dalam bidang peragaan, wanita asal Gemencheh, Negeri Sembilan pernah tampil dengan single pertama berjudul Tetap Ada Cinta pada 2017.

Kerjaya lakonannya pula bermula pada 2011 menerusi drama Jiwa & Lara dan telefilem Tasbih Cinta Qasidah sebelum dipilih bergandingan bersama Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim bagi drama Hanya Padamu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok