‘Hidup saya tak mewah tapi Allah bagi lebih dari cukup’

BERHENTI cakap mengarut fasal suami saya”.

Demikian luahan pelakon Siti Elizad apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman dikecam netizen kerana tidak mampu memberi kemewahan kepadanya.

Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, menegaskan kemewahan bukanlah penentu utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.

Apa yang dia (suami) sediakan, saya dah gembira. Teratak kecil kami, gelak-gelak sepanjang naik motor, naik tongkang, itu semua dah buat saya bersyukur.

“Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukan satu pertandingan,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, Elizad bersyukur dan bahagia dengan kehidupannya sekarang walaupun tidak semewah individu lain.

“Terlihat biasa di mata awak tetapi sangat luar biasa di mata saya.

Hidup saya tidak mewah macam awak. Tetapi alhamdulilah lebih dari cukup apa yang Allah bagi .

“Ramai sahaja orang hebat-hebat kami jumpa dan merendah diri tetapi tiada pulak yang sampai pandang rendah pada kami.

Allah dah tetap kan kami begini, jadi jalani sahaja dengan tenang. Tidak kacau org pun,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkongsi momen bersama suami menyertai konvoi motosikal sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, semalam.

Sebagai rekod, Elizad dan Shamsul Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok