‘Anak angkat tanya siapa ibunya, sukar nak jawab’

BERDEPAN fasa mencabar, penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan anak angkatnya yang baru berusia lima tahun sudah mula bertanyakan tentang ibu kandung.

Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, Hamdee ingin mengetahui identiti insan yang melahirknya apabila memasuki alam persekolahan.

“Hamdee kini sudah mula bertanya siapa ibunya. Fasa ini memang mencabar jadi saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham situasi sebenar.

“Dia pernah bertanyakan siapa yang mengandung dan melahirkannya. Ini sangat sukar untuk saya jawab.

“Budak-budak sekarang ini tak bodoh, mereka sudah pandai dan boleh berfikir. Saya kena terangkan dengan jelas supaya dia faham dan tidak terasa hati,” katanya selepas majlis Seeking Rahma Gathering 2025, semalam.

Dalam masa sama pejuang irama nasyid itu mengakui bukan mudah untuknya kembali bergelar suami kerana perlu menumpukan perhatian terhadap putera kesayangannya.

“Buat masa ini saya mahu bagi fokus terhadap pembesaran dan perkembangan Hamdee dahulu sebelum memperkenalkan seseorang sebagai calon ibu.

“Saya belum sempat nak cari pengganti (isteri) kerana anak saya sedang membesar, semakin banyak perkara berkenaan statusnya mula disuarakan.

“Untuk berkahwin semula, itu bukanlahkeputusa mudah kerana saya tidak boleh memikirkan tentang diri saya sahaja. Saya perlu libatkan Hamdde jika mahu buat keputusan mendiri rumah tangga,” katanya.

Terdahulu, pada 10 Mac 2020 Hafiz mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai pelengkap hidupnya.

Sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Joy Revfa pada 2017 namun bercerai lima bulan kemudian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok