Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan kononnya bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada 25 Mei ini.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, tarikh perkahwinan yang didakwa netizen itu tidak wujud sama sekali kerana hubungan mereka hanyalah atas dasar rakan kerja sahaja.
“Tarikh yang diperkatakan itu tidak ada pun. Rekaan semata-mata daripada peminat.
Saya nafikan tarikh dan maklumat yang diuar-uarkan dalam media sosial. Kami tidak lebih daripada rakan sekerja sahaja,” katanya kepada HibGlam pada majlis Pesta Unifi TV Lagi Best di The Curve, Damansara, semalam.
Dalam masa sama, pelakon drama Keluarga Itu juga memuji sikap sopan dan merendah diri keluarga penyanyi Amira Othman termasuk adiknya, Irfan Haris.
Dah pernah jumpa keluarga Amira dan sangat ‘humble’(merendah diri) dan sangat baik.
“Kalau tengok Irfan itu pun bersopan santun,” katanya lagi.
Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan isitimewa dengan Amira selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu. – HIBGLAM