Memang mahukan anak, doakan saya hamil – Siti Saleha

BARU tiga bulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Siti Saleha akui tidak tertekan memikirkan soal zuriat.

Menurut Saleha atau lebih mesra disapa sebagai Sally ini, dia dan suami, Joshua tidak pernah merancang waktu sesuai untuk menambah ahli keluarga.

“Kami memang mahukan anak. Jika Allah beri rezeki, kami tak kisah bila-bila masa pun. Suami pun pernah cakap dia mahukan anak. Saya beritahu kepadanya semuanya bergantung kepada rezeki Allah.

“Saya pun tak pernah terfikir untuk merancang kerana umur saya pun sudah 35 tahun ini. Doakan saya dan suami agar dikurniakan cahaya mata,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan drama Dia Imamku, semalam.

Tambah adik kepada Sam Bunkface itu lagi, buat masa sekarang dia belum rasa terbeban dengan soalan berkaitan anak.

“Saya pun baru tiga bulan berkahwin. Kami pun masih dalam fasa ‘honeymoon’. Kalau ada yang bertanya soal anak saya faham dan tak terasa hati. Tiada gunanya nak rasa tertekan,” ujarnya.

Ditanya bagaimana kehidupannya sekarang selepas kembali bergelar isteri sejak tiga bulan lalu, kata Sally hari -harinya dilalui dengan bahagia.

“Saya rasa sangat seronok. Kami pun asyik ‘honeymoon’ sahaja. Biarpun baru tiga bulan tetapi saya rasa macam dah lama berkahwin. Mungkin kerana kami sudah lama bersama,” kongsinya.

Untuk rekod Sally berkahwin dengan Joshua Fitton yang merupakan seorang pereka fesyen pada 15 Februari lalu di Janda Baik, Pahang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok