BUKAN baru sekali dua keintiman pasangan sensasi, Ameera Khan dan kekasihnya, Jefri Nichol menerima kecaman ramai.
Aksi terlebih intim mereka yang secara terbuka dikongsi dalam media sosial turut mendapat perhatian penceramah bebas, PU Syed.
PU Syed tegur selepas aktor Indonesia itu memuat naik video meriba dan mencium pipi adik kepada usahawan selebriti, Neelofa dalam Instagram.
Pasangan itu juga diingatkan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan memandangkan mereka masih belum menjadi pasangan yang sah.
Selain menyentuh soal aib, pendakwah terbabit juga mengingatkan agar mereka menjaga maruah ibu bapa, keluarga dan agama Islam.
Harapnya pasangan berkenaan boleh pasang telinga dengar sikit nasihat orang sekeliling atau pilih jangan kongsi dalam laman sosial sebab itu namanya meminta dikecam.
Diva: Hormat tengok selebriti yang pandai jaga nama baik famili.