‘Rosak dah badan’ – Azza Elite demam sebab GenKRU

ANGGOTA kumpulan Elite, Azza mengalami sakit badan selepas lincah beraksi di Konsert GenKRU pada hujung minggu lalu.

Dalam masa sama, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, 48, memaklumkan terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan keradangan pada badan.

“Konsert ini buat saya sakit. Maklumlah, mak cik sudah lama tidak aktif.

Ambil kau, akak terus makan ‘prednisolone’ (ubat). Demam, sakit urat pula.

“Rosak dah badan kita, tolong doakan akak cepat sembuh ya,” katanya dalam aplikasi Threads.

Selain itu, pelantun lagu Trauma itu turut bergurau inginkan perhatian lebih-lebih lagi sewaktu sakit.

“Demam begini pun macam nak bermanja-manja pula. Maklumlah, tiada tempat nak bermanja.

“Nak vitamin boleh? Vitamin apa itu?,” guraunya.

TANGKAP layar perkongsian Azza mengenai keadaannya selepas menjayakan konsert GenKRU hujung minggu lalu.

Susulan itu, ramai menasihati Azza agar mendapatkan rawatan segera kerana mahu melihat aksinya lagi pada konsert GenKRU minggu ini.

“Pergi urut akak, kami nak tengok konsert hari keempat pula,” ujar peminat.

“Semoga cepat sembuh Kak Azza. Didoakan kakak segera baik jadi boleh letupan untuk konsert hujung minggu ini,” jelas pengikut.

“Akak jangan demam. Sabtu ini kita kena bertemu lagi, saya nak tengok persembahan akak,” tutur peminat lain.

Sebelum ini, Azza dan kumpulannya tampil di pentas GenKRU membawakan lagu Di Pintu Syurga pada Sabtu dan Ahad lalu di Axiata Arena.

Difahamkan, mereka bakal tampil lagi pada hujung minggu ini bagi konsert hari ketiga dan keempat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok