‘Shuk Sahar tak datang mahkamah, menyukarkan segala proses’

BEKAS isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, mendedahkan dirinya kini dalam proses menguruskan pengesahan pendaftaran pernikahan sebelum membawa kes ke mahkamah bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai.

Fara berkata, perkara itu perlu disegerakan demi memastikan anak yang bakal dilahirkan Jun depan dapat didaftarkan dengan nama bapa kandung.

Saya kena buat pengesahan pendaftaran sebab kalau tidak, anak kami nanti tidak boleh berbinti dia (Shuk).

“Memang kami sudah rasmi bercerai, cuma saya perlu selesaikan pendaftaran dulu. Kemudian barulah saya sahkan lafaz cerai di mahkamah,” katanya kepada HibGlam.

Menurut Fara, lafaz cerai dibuat oleh Shuk, 38, menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand selepas mendapat persetujuannya.

“Saya ada bukti lafaz. Agen dari Satun, Thailand yang hubungi saya, beritahu Shuk nak lafazkan cerai. Saya setuju sebab memang kami sudah rancang untuk berpisah.

Cuma saya tak sangka dia lafazkan cara begitu. Kalau betul matang, mestilah tahu adab. Jumpalah keluarga dan berbincang,” ujarnya pada majlis Terbaek Raya anjuran mStar, semalam.

[2:51 pm, 01/05/2025] Shakila: sebab dia sebut mahkamah
[2:52 pm, 01/05/2025] Shakila: Fara turut memaklumkan sebelum ini mahkamah sudah menetapkan tarikh pengesahan pendaftaran iaitu pada 15 April lalu, namun Shuk tidak hadir.

“Dia pernah tak datang dan menyebabkan proses tertangguh lebih sebulan. Sekarang saya dah beritahu dia melalui orang tengah untuk datang pada tarikh baharu.

Dia cuma perlu datang sekali saja untuk pendaftaran. Selebihnya saya boleh uruskan sendiri,” dedahnya.

Meskipun emosi sedang rapuh, wanita asal Johor yang kini sarat hamil tujuh bulan itu bersyukur kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

“Alhamdulillah saya sihat. Cuma bila kandungan makin besar, saya cepat semput sebab ada masalah jantung.

Emosi saya okey, ada masa sedih tapi tak boleh berseorangan. Adik perempuan saya teman, dan saya tinggal dengan emak ayah.

“Sejak hamil, saya cuma menangis dua tiga kali. Bila isu ini jadi bulan ini pun saya tak menangis. Sebab saya ada sistem sokongan kuat,” dedahnya.

Mengulas lanjut, Fara mendedahkan kemelut rumah tangga bermula sebaik mereka pulang menunaikan umrah pada Ogos tahun lalu.

“Balik dari sana saya hamil. Sejak itu hubungan kami jadi makin renggang. Bila dia mula rapat dengan kawan baharu, semua bisnes dia tak libatkan saya.

Dulu apa-apa dia libatkan saya, tapi bila saya tanya tentang perniagaan baharu, dia jawab saya tak perlu sibuk. Daripada situlah mula ada jurang,” tutupnya.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, beberapa bulan selepas pelawak itu bercerai dengan Rossa Sera pada 22 Mac 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok