PEMPENGARUH media sosial Leona melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa lelaki yang pernah berjanji temu dan dikategori sebagai ‘sampah’.
Menurut Leona, 23, dia sendiri mengakui perkara tersebut dan khuatir sekiranya tidak bertemu dengan lelaki yang akan bergelar suami.
“Tahu tak apa masalah yang saya sedang hadapi? Semua perangai lelaki yang saya bertemu janji (date) adalah ‘trash'(sampah) dan saya berhenti melakukannya.
“Tapi kalau saya berhenti pergi ‘date’, bagaimana dengan rancangan saya nak kahwin dan adakah akan kekal berstatus solo?” katanya dalam sebuah video TikTok.
Tambah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dia mengambil serius mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga lebih-lebih lagi sudah menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom, London.
“Saya baru sahaja graduasi dan tamat tempoh pengajian, memang sangat serius untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
“Tapi setiap lelaki yang saya jumpa adalah ‘no!'(tidak memenuhi kriteria).
“Saya tidak begitu kisah soal penampilan, tapi apa yang saya patut lakukan kalau personaliti dia lebih teruk daripada rupa?
“Sudahlah tak comel sangat kemudian personaliti sampah, macam itu ke standard lelaki sekarang?” katanya lagi.
Dalam masa sama, ibunya, Chempaka Emalin Pahamin turut menitipkan nasihat agar dia memberi sepenuh usaha sekiranya mahu mendapatkan calon suami yang terbaik.
“Jadi, saya fikir tak perlulah dan perbaiki diri sahaja. Tapi, kalau i tak lakukan, bagaimana nak jumpa seseorang?
“Mak saya kata, kena letak usaha untuk cari orang yang tepat untuk bertemu dengan individu terbaik,” katanya lagi.
Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyuarakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga pada 2025 biarpun belum mempunyai kekasih.
Azhar mengizinkan sekiranya Leona mahu berkahwin awal bagaimanapun meletakkan beberapa syarat kepada mana-mana individu yang bakal menjadi menantunya seperti bukan perokok dan tidak bekerja sebagai doktor mahupun arkitek. – HIBGLAM