Mariah Carey ‘pesta’ arak rawat duka

Pemergian ibu dan kakak pada hari sama Ogos tahun lalu meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi Mariah Carey yang menjadikan minuman keras sebagai ‘teman baik’.

Tekanan dilalui selebriti berusia 55 tahun itu membuatkan individu terdekat bimbangkan keadaan kesihatannya yang semakin ligat berpesta kebelakangan ini.

Sumber terdekat memaklumkan, Mariah seolah-olah tidak mempedulikan kerjaya serta vokalnya apabila kerap keluar hingga awal pagi selain mengambil minuman keras berlebihan yang boleh menjejaskan pita suaranya.

Tapi Mariah adalah Mariah. Tiada sesiapa yang boleh melarangnya untuk berbuat apa sahaja mengikut kemahuan sendiri,” katanya.

Difahamkan, biarpun hubungan dengan ibu, Patricia serta kakak, Alison tegang, kepedihan kehilangan insan terdekat tetap menghancurkan perasaannya.

Kemelut dalaman keluarga penyanyi lagu  Fantasy itu pernah didedahkan dalam buku memoirnya The Meaning of Mariah Carey yang diterbitkan lima tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok