SEJAK kontroversi perceraian pada Oktober tahun lalu, penyanyi Kaka Azraff hanya mendiamkan diri daripada mengesahkan sebarang berita.
Tidak lama kemudian, menerusi gambar yang dikongsikan, ibu kepada tiga cahaya mata itu dilihat sudah bersama kembali suaminya, Adam Azriff sekitar awal tahun ini.
Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 itu sudah rujuk ketika dalam idah. Alhamdulillah, kita pun gembira dengan penyatuan mereka.
Cuma Diva tertanya-tanya dengan tindakan Kaka yang sudah beberapa kali mengelakkan diri daripada media biarpun ketika hadir pada majlis membabitkan kerjaya seninya.
Dalam satu insiden terbaharu ada rakan mendakwa penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu terus berlalu selepas selesai membawakan lagu yang dinyanyikannya dalam sebuah projek membabitkan beberapa komposer popular.
Rasanya tidak perlu Kaka terus menolak ditemu bual. Kalau kurang selesa media bertanyakan hal peribadi, boleh sahaja menolak dengan baik. Kita pun manusia, tentu faham dan akur, bukan tak kenal.
Boleh sahaja Kaka pilih untuk jadi profesional dengan meneruskan wawancara kerana hal produk diwakili juga sebahagian daripada kerja dan promosi. Takkan selama-lamanya nak lari.
Diva: Lega apabila perang pempengaruh Imran Bard dengan aktres versatil, Ellie Suriati hampir selesai.